24 Ogos 2012

KENAPA PELBAGAI MASALAH SAKIT BILA AMIK USLIM...???


Healing Crisis, kalau kita terjemahkan jadi krisis penyembuhan. Jadi kenapa dengan krisis penyembuhan ni?

Admin ada baca tentang Healing Crisis yang ditulis oleh Dr Stanly Bass. Jadi, kita mudahkan pemahaman. Apabila sesuatu benda yang berkualiti masuk ke dalam tubuh kita yang kurang dijaga dalamannya, badan kita mula menyingkirkan sel-sel atau tisu-tisu badan yang low grade. Ini adalah untuk memberi laluan dan ruang kepada bahan berkualiti tersebut (U-Slim fibre) untuk bantu tubuh kita dalam menghasilkan sel-sel baru yang higher grade (tubuh manusia ni selnya memang bertukar ganti, tapi gantiannya tu makin bagus atau di tahap yang sama?)

Pada awalnya anda mungkin rasa pening, mual, nak muntah, stress, gelisah dan degupan jantung makin laju. Jangan risau, ini adalah tindakbalas badan kita kepada toxin yang cuba dikeluarkan oleh badan kita. Ketika toxin nak dikeluarkan dari badan, ianya dibawa oleh darah ke ke seluruh badan sebelum dikumuhkan atau dikeluarkan. Jadi selagi ianya berlegar dalam sistem kita, kita akan dapat tanda-tanda macam yang admin sebut tadi, dan toxin yang belum dikumuhkan tu, otak kita kenal dia sebagai - mual, pening, stress dan bermacam lagi.

Pasal degupan yang kencang tu, maknanya tubuh kita tu makin hampir untuk menyingkirkan toxin dalam badan. Memang berpeluh, kerana tubuh kita sedang mengalami proses transformasi metabolisma. Bayangkan kalau kerja selama ini hanya duduk di office tak berpeluh, sekarang minum fiber berpeluh - paras metabolisma kita meningkat!
Setelah fasa bergedup kencang tu habis, kita akan masuk ke fasa di mana jantung akan berdegup seperti biasa. Ini maknanya, badan kita mula rasa selesa dan relax selepas penyingkiran toxin yang telah terkumpul sekian lamanya. Biasanya memang ambil masa 3 hari atau berhari-hari, bergantung kepada bagaimana tubuh kita mula 'regenerate' atau 'membentuk semula'.

Ketika 3 hari yang pertama ini, ada antara anda yang berasa penat. Ini sebenarnya berlaku kerana, tenaga yang ada pada bahagian otot atau kulit sedang bergerak ke arah kawasan atau region yang lebih penting.

Mana?

Tenaga anda akan berkumpul di bahagian dalaman badan, contohnya organ badan. Ketika ini, admin rasa penting bagi anda diberi semangat untuk bersabar dengan perubahan ini. Kerana, sebenarnya anda masih kuat, cumanya tubuh anda diarah otak untuk supply tenaga kepada pemulihan dalaman. Jadi luarannya rasa penat2 badan la, angin la, loya la dan sebagainya. Rehatlah dengan mencukup. Tidur sebentar jika perlu, kerana memang tubuh anda bekerja keras untuk membuang anasir kurang baik dalam badan. Minum la air yang banyak, bantulah tubuh anda untuk keluarkan toxin dalam badan tu.Kerana air merupakan ejen untuk transport toxin keluar dari badan. Sekiranya anda minum banyak, anda akan kerap ke tandas, untuk berkumuh. Tapi itu lebih bagus dari simpan toxin dalam badan kan? :)

Selepas bahagian dalaman pulih, anda akan dapati anda mula bertenaga semula, seperti biasa atau lebih dari yang biasa. Tiada lagi rasa penat badan atau mual. Anda kini telah dipulihkan / upgraded luar dan dalam. :)

Ini sedikit sebanyak yang admin nak kongsi. Jika ada masa lapang, sila rujuk artikel penuh di :
http://www.ionizers.org/healing-crisis.html


P/s : Kenali badan kita sendiri. Tuhan jadikan badan kita capable untuk keluarkan tanda-tanda yang boleh buat kita berfikir berpuluh kali "patut ke aku sakit sampai mcm ni?" Jadi dengar kata badan dan jadi sensitif terhadap signs yang dikeluarkan. Rehat dan minumlah secukupnya.

Sekiranya makanan atau apa jua yang anda makan menyebabkan anda berada dalam proses letdown (proses yang menyebabkan reaksi pening, mual, muntah dan sebagainya) telah melangkau berbulan lamanya, sila buat tindakan yang bijak dan jumpalah doktor. Admin masih belum dengar kes sebegini dalam komuniti U-Slim (insyaAllah tidak :), jadi sebaiknya selalulah berhubung dengan stockist atau dealer untuk mendapatkan pandangan dan update tentang produk dan cara untuk kekal sihat dan bertenaga sepanjang pengambilan U-Slim fibre. :).

Edited : Bacaan tambahan.

Admin terbaca bahawa ada satu teori dinamakan Hering's Law of Cure (Syarat Pemulihan Hering). Ia menyatakan :
"All cure starts from within out and from the head down and in reverse order as the symptoms have appeared".
Bermaksud, pemulihan bermula dari dalam, dari atas ke bawah dan tanda-tanda pemulihan adalah terbalik daripada tanda-tanda yang selalu dibawa sesuatu penyakit.

Maksudnya di sini, sesuatu penyakit tu bermula dengan simptom yang ringan, dan akhirnya lebih berat.Melalui healing, simptom yang teruk akan dialami terlebih dahulu, kemudian beransur menjadi ringan sehinggalah anda pulih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan